Thursday, July 30, 2009

Kantin Sekolah

Pemandangan Kantin (tempat makan murid)



Kantin sekolah merupakan tempat murid-murid merehatkan diri serta makan dan minum. Murid biasanya berada di kantin sewaktu rehat. Ia juga merupakan suatu tarikan kepada murid selpas waktu sekolah untuk membeli buah-buahan dan ais krim.

Saturday, July 25, 2009

Pasukan Bola sepak



Mulai dari tahun ini (2009), suatu pasukan bola sepak telah ditubuhkan. Murid-murid SJKT Ladang Batu Hampar telah melibatkan diri dalam beberapa aktiviti dan pertandingan bola sepak.

Lawatan sambil belajar


Pada 18 Julai 2009 seramai 37 murid dan guru telah terlibat didalam lawatan sambil belajar ke negeri Melaka. Antara tempat yang dilawati adalah Zoo Melaka, Muzium Samudera, Mini Malaysia dan Taman Rama-Rama dan Reptilia di Ayer Keroh. Murid-murid telah mendapat banyak pengalaman daripada lawatan ini.

Saturday, July 11, 2009

Thursday, July 9, 2009

Konsep PSS



Suatu Tempat

Merupakan satu suasana pembelajaran yang selesa bukan sekadar tambahan kepada bilik darjah.

Koleksi

Pusat perolehan sumber dan maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran.
Perkhidmatan

Memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran.

Agen Perubahan

Bergerak ke arah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.

Lencana Sekolah

Falsafah Pendidikan Negara






Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

MISI SEKOLAH


PUSAT SUMBER SJKT LDG,BATU HAMPAR, REMBAU, NSDK Memberikan ilmu pengetahuan,pendidikan yang sebaik mungkin kepada pelajar sekoalh ini supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas serta melahirkan generasi yang berilmu, berdisplin dan berakhlak mulia berlandaskan aspirasi negara.

VISI PSS


PUSAT SUMBER SJKT LDG,BATU HAMPAR, REMBAU, NSDK
SJKT Ladang Batu Hampar akan terus berusaha ke arah kecemerlangan dan menjadi sekolah Tamil yang berpotensi menjelang tahun 2015